Duta Khas, tahniah Presiden PAS – KUIS

Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Prof Dr Syeikh Ahmad Abdul Salam Al Raysuni,

KUALA LUMPUR: Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas kerajaan Malaysia ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.

Advertisement

Menurut Ketuanya, Prof Dr Syeikh Ahmad Abdul Salam Al Raysuni, KUIS amat gembira di atas pelantikan itu, kerana Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah individu yang sangat layak bagi jawatan tersebut kerana pengalaman yang ada pada beliau.

Sehubungan itu ujarnya, pihak KUIS amat berminat bagi melakukan kerjasama bersama Tuan Guru Abdul Hadi untuk kebaikan Islam dan umat Islam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah.- HARAKAHDAILY 21/4/2020