Exco Perak bantu mangsa ribut

Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa yang terjejas akibat ribut kencang di sini.

BAGAN SERAI: Mangsa ribut di beberapa kampung di kawasan ini mendapat perhatian segera anggota Exco kerajaan negeri Razman Zakaria apabila bergegas membantu mangsa terlibat.

Petang semalam, Razman yang juga Adun Gunung Semanggol menyampaikan sumbangan kepada 15 penduduk yang terjejas akibat ribut kencang di beberapa kampung menyebabkan terdapat rumah yang rosak teruk.

Advertisement

Razman berkata, sehingga jam 9 malam tadi sebanyak 12 rumah mangsa ribut dilawati iaitu tiga buah di Parit Haji Ali dan dua rumah di Parit Haji Taib.

Selain itu masing-masing sebuah di Kampung Parit Mentara 2, Parit Haji Ismail 3, Kampung Alor Kubu dan Parit Gabis Bawah.

“Saya melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa, di samping turut menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan musibah yang ditanggung penduduk terbabit,” katanya di sini semalam.

Turut menziarahi mangsa ribut Penghulu Mukim Bagan Serai Azhari Saat, Yang Dipertua PAS Bagan Serai Abd Aziz Abd Majid dan beberapa ketua kampung yang terlibat.- HARAKAHDAILY 23/4/2020