Usah berpolitik ketika negara dilanda wabak

KOTA BHARU: PAS menasihatkan Parti Amanah Negara (PAN) berhenti bermain politik ketika negara masih lagi diselubungi wabak Covid-19.

Naib Presidennya, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, penularan wabak itu lebih besar daripada isu berkaitan politik ketika ini.

Advertisement

Katanya, situasi yang berlaku dalam negara sekarang lebih penting diberikan tumpuan oleh kerajaan dan rakyat.

“Nasihat saya jangan main politik dahulu ketika ini, biar selesai dahulu isu besar (Covid-19) kerana ia masalah bersama.

“Ini masalah negara kita di mana semua pihak perlu bertanggungjawab. Fokus kita sekarang wabak Covid-19, kestabilan ekonomi dan politik Negara.

“Tiga benda ini lebih besar, bahkan dalam agama pun ada benda perlu didahulukan dan kemudiankan,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Semalam Presiden PAN Mohamad Sabu dilapor mengarahkan ahlinya agar bersedia dengan hujah selepas PAS menjadi sebahagian kerajaan Persekutuan sekarang.- HARAKAHDAILY 23/4/2020