ADUN Penaga hargai juang para ‘frontliner’

KEPALA BATAS: ADUN Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah telah menyantuni pasukan beruniform yang juga barisan hadapan negara (frontliners) dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 di sekitar Penaga, di sini semalam.

Advertisement

Disamping menzahirkan sokongan atas komitmen mereka, beliau juga telah menyerahkan sumbangan berupa juadah makan tengahari kepada para petugas di Balai Polis dan Pejabat Pos Pekan Penaga dan juga Balai Bomba Kuala Muda.

Ketika masyarakat mungkin sedang sibuk mengadakan persediaan Ramadan dan sebahagiannya berehat duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para ‘frontliners’ ini setia berkhidmat.

Justeru, Ustaz Yusni turut sama bersolidariti dengan penghargaan yang dizahirkan beliau itu serta merancang memastikan rutin tersebut dilaksanakannya sepanjang waktu sebagai wakil rakyat di sini.

Dalam pada itu, para dermawan juga dialu-alukan sumbangan untuk memastikan program seumpama dapat terus dilaksanakan dengan transaksi menerusi Maybank 5572 5006 5963 atas nama MYMP Ummah Resources. – HARAKAHDAILY 24/4/2020