Tiga Setiausaha Politik Menteri dari PAS angkat sumpah

KUALA LUMPUR: Seramai 25 Setiausaha Politik kepada menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Advertisement

Majlis ringkas yang diadakan di Putrajaya itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Tiga Setiausaha Politik bagi menteri-menteri yang mewakili PAS juga mengangkat sumpah pada majlis yang sama.

Mereka ialah Dr Mohd Zuhdi Marsuki selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man; dan Wan Rohimi Wan Daud sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato’ Takiyuddin Hassan.

Manakala Setiausaha Politik kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali ialah Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin.

Muhyiddin menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebooknya berkata, upacara mengangkat sumpah jawatan diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Nardin Awang.

Perdana Menteri turut memuat naik beberapa keping gambar berkaitan majlis berkenaan. – HARAKAHDAILY 24/4/2020