Pertandingan cerpen, filem pendek berunsur dakwah

KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat mempelawa orang ramai menyertai Pertandingan Cerpen Dakwah dan Pertandingan Filem Dakwah Pendek fasa ke 3 sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

Menurut Pegerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan tema bagi pertandingan cerpen dakwah adalah bebas.

Manakala katanya bagi pertandingan filem pendek dakwah bertemakan keluarga bahagia dan new normal selepas Covid-19.

Selain itu kata beliau, bagi sesiapa yang bertuah bakal membawa pulang wang tunai yang berjumlah seperti yang ditetapkan.

Bagi pemenang cerpen dakwah tempat pertama bakal
menerima wang tunai sebanyak Pertama RM1000 bersama 3 buah buku agama bernilai RM115.00.

Manakala bagi pertandingan filem pendek dakwah, tempat pertama bakal menerima Wang Tunai RM5000 bersama 3 buah buku agama bernilai RM115.00.

Katanya, bagi pemenang tempat kedua, ketiga juga bakal menerima hadiah berupa wang tunai dan buku yang bernilai dengan harga tertentu serta hadiah saguhati turut bakal menerima wang tunai.

Oleh itu katanya, Filem Dakwah Pendek yang dihantar akan menjadi hak milik Lajnah Dakwah PAS Pusat dan tidak boleh diterbitkan di mana-mana kecuali oleh Lajnah Dakwah PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 25/4/2020