Council Of Nicae ke arah zaman kegelapan

ASAL-usul

Dalam artikel sebelum ini [1] ‘ending’ artikel tersebut ialah Persidangan Synodes di Nicia pada 325 M. Persidangan itu juga dikenali dengan Council Of Nicaea.

Persidangan bersejarah itu merupakan titik besar perubahan agama Kristian, yang merupakan pencetus kepada kemunculan Falsafah Zaman Pertengahan.

(2) Sebelum persidangan itu berlangsung, penganut-penganut Kristian sudah mengalami perselisihan yang berselirat. Khususnya dalam bab Injil yang sebenar.

Jika rujuk dalam kajian sejarah, bahagian pertama Bible ditulis sejak 1513 SM hingga 442 SM. Khususnya selepas zaman Nabi Musa A.S, hinggalah kejatuhan Yunani Kuno.

Advertisement

(3) Bahagian pertama, beberapa ‘safar’ di dalamnya adalah asal daripada Kitab Taurat. Tetapi telah ditokok tambah dalam tempoh masa yang panjang.

Bahagian pertama ditulis dalam Bahasa Hebrew dan dikenali dengan ‘Hebrew Sricptures’ ataupun Old Testament. Kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Greek 300 SM.

(4) Bahagian kedua Bible juga terdapat beberapa ‘safar’ di dalamnya berasal daripada Injil yang asal, tetapi telah ditokok tambah. Ia dikatakan ditulis antara 41 hingga 98.

Kebanyakan Bahagian Kedua ini ditulis dalam Bahasa Greek, lalu dikenali dengan nama Christian Greek Scriptures atau Perjanjian Baru (New Tastament).

Geopolitik

(1) Sepertimana yang saya nyatakan, dunia pemikiran manusia sangat terpengaruh dengan isu-isu geopolitik. Termasuk juga kejatuhan Yunani, kemunculan Empayar Rom dan juga keruntuhannya.

Dalam artikel sebelum ini [1] saya telah menghuraikan kemunculan Empayar Rom, yang menjadi faktor kepada penyebaran fahaman Falsafah Yunani dalam skala yang lebih besar.

(2) Boleh dikatakan Empayar Rom menjadikan Falsafah Yunani sebagai silibus utama. Orang-orang Yahudi turut sama dalam terikut dengan falsafah ini sehingga lahirnya beberapa tokoh awal.

Tokoh-tokoh falsafah ini telah saya ceritakan sebelum ini, ada yang mengemukakan konsep trinity yang menjadi pegangan orang-orang Kristian khususnya pasca Persidangan Synodes.

(3) Sebelum ini juga [1] saya ada menceritakan bagaimana Empayar Rom terpecah menjadi Rom Timur dan Rom Barat. Rom Timur diperintah oleh Diocletian manakala di Barat Maximian.

Pemerintahan Maximian di Barat digantikan oleh Costantius Chlorus (250-306 M). Manakala Diocletian digantikan oleh Galerius (250-311 M)

(4) Pada era ini sudah munculnya bibit-bibit pertembungan di kalangan paderi, khususnya di Rom Timur. Iaitu pertembungan aliran antara Team Trinity VS Anti-Trinity.

Team Trinity adalah ahli falsafah Kristian yang terpengaruh dengan konsep Trinity, manakala Anti-Trinity adalah sebaliknya yang dipimpin oleh Arius (250-336).

Pertembungan ideologi

(1) Costantius Chlorus yang menggantikan Maximian merupakan ayah kepada Costantine Agung (272-337) yang memerintah bermula 306 hingga 337 menggantikan ayahnya.

Pada zaman beliau, beliau bertindak mengadakan Persidangan Synodes pada 325 M yang diceritakan tadi. Rom ketika itu berada di bawah satu pemerintahan khususnya pada 324.

(2) Pemerintahan berpusat oleh Costantine Agung pada 324 dikenali sebagai Rom Byzantine yang mula berpindah dan berpusat di Costantinople (Istanbul) pada 330 M.

Costantinople adalah nama baru bagi Bandar Byzantine yang diberikan oleh Costantine Agung. Jadi, Persidangan Synodes kali kedua pada 381 M diadakan di bandar itu.

(3) Kenapa Persidangan Synodes pada 325 sangat penting untuk dikaji? Medan itu bukan sahaja medan untuk menentukan status Nabi Isa A.S yang dikepalai oleh Costantine Agung.

Dalam artikel sebelum ini [1] saya ada menceritakan secara kasar bagaimana Costantine Agung boleh berpegang dengan fahaman yang bercanggah?

(4) Hasil persidangan tersebut telah melahirkan 4 pendapat. Sama ada Nabi Isa itu tuhan, atau anak tuhan, atau tuhan trinity, ataupun hamba kepada Tuhan.

Di sinilah kemuncak pertembungan Team Trinity VS Anti-Trinity yang saya ceritakan tadi. Namun, disebabkan tindakan sengal Costantine, menyebabkan Team Trinity menang.

Penyelewengan

(1) Dalam persidangan itu, kehadiran paderi seramai 2048. 1730 bersetuju dengan aliran Anti-Trinity bahawa Nabi Isa itu adalah hamba Tuhan.

Manakala seramai 318 orang sahaja yang bermati-matian mempertahankan ketuhanan Nabi Isa A.S, atau sebagai anak Tuhan, iaitu Team Trinity.

Namun, Costantine bertindak menyokong Team Trinity, menyebabkan berlakunya fenomena terburuk. Iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Isa A.S terpesong daripada ajaran yang sebenar.

(2) Persidangan Synodes itu juga telah memutuskan supaya Perjanjian Baru mesti diseragamkan. Naskah yang berbeza dengan naskah rasmi perlu dibakar.

Proses penyeragaman Perjanjian Baru ini telah membuang sebahagian besar tulisan-tulisan lama, yang didakwa sebagai sebahagian daripada Injil.

Asalnya ada 75 Surah, akhirnya menjadi 27 sahaja. Mereka yang menyimpan naskah yang berbeza dengan Kerajaan Rom ketika itu, boleh dijatuhkan hukuman.

(3) Pada zaman ini, muncul tokoh falsafah Kristian yang terkenal ialah, ialah Basil of Caesarea (329-379 M), Gregory of Nazianzus (330-389M) dan Gregory of Nyssa (335-394 M).

Ada di kalangan mereka menggunakan konsep trinity yang cuba dihuraikan dengan cara Falsafah Yunani. Hal ini menyebabkan kemunculan ahli falsafah zaman pertengahan.

Ke arah zaman kegelapan

(1) Antara yang muncul pasca Persidangan Synodes ialah Augustine Of Hippo (354-430) yang terkenal dengan konsep City Of God. Dalam masa yang sama, adanya Kota Tuhan, dan Kota Iblis.

Beliau merupakan Paderi Kristian, dan terkesan dengan aliran Neoplatonism. Karyanya sangat mempengaruhi perkembangan Gereja Barat dan Falsafah Barat

(2) Antara lain yang masyhur ketika itu ialah Jarome Of Stridon (347-420). Sebelum kemunculan beliau, sudah ada pembukuan Bible dan sudah banyak diterjemahkan dalam Bahasa Latin.

Namun, beliau turut menerbitkan Latin Vulgate, terjemahan beliau sendiri terhadap Bible. Katanya terjemahan itu lebih shahih daripada terjemahan yang lain.

(3) Zaman keemasan Rom tidak kekal lama, apabila bahagian Baratnya runtuh diserang oleh orang orang Jermanik (asal-usul orang Jerman) pada 476 M.

Walaupun demikian, kota Byzantine di timur masih kekal berdiri, walaupun kegemilangannya sudah merosot. 476 M ini merupakan tarikh penting dalam sejarah falsafah.

(4) Zaman kegelapan Eropah dikatakan bermula setelah kejatuhan Rom Barat pada 476 M. Zaman kegelapan ialah tempoh masa sekitar 1000 tahun Eropah dikuasai di bawah sistem teokrasi gereja.

Ketika itu, Bible sendiri sudah ada banyak versi. Agama Islam yang mentauhoidkan Allah, yang dibawa oleh Nabi Isa A.S telah terseleweng menjadi Kristian.

[1] Artikel ini berkaitan dengan artikel yang lalu yang bertajuk Sejarah Yahudi Dan Pengaruh Hellenistik.

Siri 1: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3703284133046653&id=100000953077134

Siri 2: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3704881486220251&id=100000953077134

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 26/4/2020