Jangan biar kapal Amerika, China berlabuh di Laut China Selatan

GARA-GARA China melabuhkan kapal perangnya di Laut China Selatan, suatu yang bukan rahsia kepada dunia, maka Amerika pula melayarkan kapal perang di perairan itu.

Advertisement

Kehadiran angkatan perang dua kuasa besar di situ sudah tentu mengundang gelora rantau Asia Tenggara yang dibenarkan oleh dunia khususnya negara-negara ASEAN sejak berakhirnya perang dingin pulahan tahun lalu.

Ia tidak boleh dibiarkan dan ia mesti dijadikan agenda tetap yang dibincangkan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Asean hampir setiap tahun mengadakan sidang puncaknya dengan dihadiri sama oleh rakan staratiknya China dan Amerika serta beberapa negara penting lagi, sepatutnya Asean mesti membangkit isu itu setiap kali bersidang.

Kita acap disedarkan oleh Vietnam dan Filipina tentang kehadiran armada China itu, tetapi kita jarang dengar lain-lain negara bising dengannya.

Malaysia baharu sekali ini, disuarakan oleh menteri luarnya Datuk Hishamuddin Hussein, betapa kebimbangan mesti selesaikan dengan seruan perbincangan. Bangsa Amerika dan China itu tidak jadi apa sekadar diseru supaya jangan kacau perairan itu. Mereka tidak dengar sekadar menyatakan seruan.

Tetapi tindakan berterusan bersama negara-negara Asean yang dipercayai akan disokong oleh lain-lain kuasa besar seperti Britain, Perancis dan Rusia adalah bersama Asean. Australia, Jepun dan Korea Selatan adalah bersama kita.

Britain dan lain-lain tidak kisah jika Asia Tenggara tidak kisah. Asean yang sekadar lima negara 60 tahun dengan menteri luar masing-masing Tun Razak, Thanat Khoman, Adam Malik, Rajaratnam dan Carlos Romula telah sedar ancaman China itu. Lalu diwujudan Zoffan bagi menjamin perkecualian dan keamanan rantau ini.

Cuma masa itu ancaman adalah komunis yang Soviet dan China tidak ngam kebebasan Asia Tenggara. Justeru China lebih cemburu kepada Soviet, maka China boleh bergencatan dengan Amerika.

Perang bagi China menguatkan pengaruhnya bila komunis selesa dengan menamatkan perang dingin. Tiada konfrantasi ketara antara Soviet, Amerika dam China. Bila lima menteri luar ASEAN ada mati, maka Zoffan pun mai sama, sedang ancaman kekal. Yang tidak garang hanya komuinis tetapi China mengekalkan cita-cita seribu tahunnya untuk menguasai Asia khususnya Asia Tenggara.

Seruan seperi yang dibuat oleh menteri luar Malaysia, tidak menghiraukan China dan Amerika. Apa yang patut dibuat ialah tiap-tiap negara ada diplomat ulung yang disegani dari sesama mendekati China dan membawanya kepada persetujuan membebaskan Laut China Selatan dan kongkongan mana-mana kuasa besar.

Mungkin untuk Ghazali Shafie tidak sehebat Henry Kissinger, tetapi lincahnya boleh meredakan agresif kuasa besar. Tiap-tiap negara Asean patut ada diplomat sepintar itu.

Malaysia sejak beberapa tahun mewujudkan duta khas ke China tetapi apa yang dibuatya untuk meredakan agresif China. Sepatut duta khas Perdana Menteri ke China itu bukan sekadar mengisi jawatan, tetapi mestilah seorang yang boleh disegani oleh pemimpin China.

Kta mahu menteri luar sehebat Tun Razak dan kita perlu meramaikan diplomat kanan yang disegani oleh semua pemimpin dunia. Diplomat kita di luar negara bukan sekadar menjadi wakil Yang Dipertuan Agong tetapi menyarankan pandangan Asia Tenggara tentang bahaya kehadiran China dan Amerika.

Jangan jadikan diplomat yang bersara dari jawatan kerajaan untuk mengisi pengarah di syarikat-syarikat, tetapi mereka mesti membantu agar pemimpin China dan Amerika jadi pro dan menghormati kemahuan dunia sebelah sini