220 pelajar UniMAP mahu kekal di kampus

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Arau sedang menjalankan proses sanitasi membabitkan lapan bas dan empat van sebelum dibenarkan bergerak bagi menghantar pulang pelajar-pelajar ke kampung masing-masing.

ARAU: Seramai 491 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memilih pulang ke kampung masing-masing, manakala seramai 220 pelajar lagi mahu terus kekal tinggal di asrama.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, bagi pelajar yang ingin pulang, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) akan melaksanakan proses saringan kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan pelajar memuaskan sebelum dibenarkan pulang.

Katanya bagi pelajar yang mempunyai gejala berkaitan Covid-19 atau suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius ke atas, mereka tidak akan dibenarkan pulang.

Advertisement

“Bagi pelajar yang memilih kekal di asrama, pihak UniMAP akan terus memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terjamin,” katanya di sini semalam.

Beliau sebelum itu hadir operasi sanitasi bas UniMAP yang akan digunakan dalam penghantaran pulang pelajar-pelajar pulang ke kampung halaman bermula hari ini.

Proses sanitasi itu membabitkan lapan bas dan empat van dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba Arau.

Penghantaran pulang k menuju zon utara membabitkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP Mustaffa Ismail dan Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Dr Hirwan Jasbir Jaafar.- HARAKAHDAILY 29/4/2020