Covid-19: 57 kes baharu, 84 sembuh

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seramai 84 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih daripada jangkitan itu sehingga kini seramai 4,171 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 57 kes baru dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 6,002 kes.

Advertisement

Daripada 57 kes yang dilaporkan sebanyak 25 kes adalah kes import, ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 32 kes.

“Sehingga kini seramai 36 kes, pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dari jumlah tersebut sebanyak 14 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Bagaimnapun, dukacita beliau memaklumkan, terdapat dua kes kematian yang dilaporkan melibatkan Covid-19, yang menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 102 kes.- HARAKAHDAILY 30/4/2020