PKS boleh operasi selepas dimuktamadkan nanti

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan kembali beroperasi selepas prosedur operasi standard (SOP) dimuktamadkan nanti.

“Kelonggar akan diberi kepada syarikat kecil untuk dibenarkan beroperasi tetapi tunggu pengumuman akan kita dibuat beserta SOP yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, dekat sini, hari ini.

Advertisement

Berhubung terdapat percanggahan antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak membenarkan sektor ekonomi untuk beroperasi meskipun memperolehi kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Jelasnya, PBT seharusnya membenarkan operasi semua sektor ekonomi yang telah dibenarkan oleh pihak MITI pada fasa keempat PKP.

Katanya, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat hari ini dengan tindakan akan di ambil oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Saya hendak tegaskan di sini, walaupun kebenaran diberikan untuk 100 peratus pekerja bekerja semula, ia masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Syarikat atau kilang yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi penjarakan sosial dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh diperoleh daripada MITI,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 30/4/2020