Syarikat korporat bantu kerajaan tangani Covid-19

KOTA BHARU: Usaha kerajaan negeri membantu rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut mendapat dukungan syarikat korporat.

Hari ini syarikat pemaju yang membina bangunan tertinggi di Kelantan Kelmedic Sdn Bhd menyalur sumbangan sebanyak RM50,000 kepada kerajaan negeri.

Advertisement

Pemaju terbabit mula terlibat dalam pembangunan di Kelantan sejak 1997 turut menyertai usaha melawan wabak Covid-19.

Kelmedic Sdn Bhd merupakan syarikat usahasama Kumpulan Malvest dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).

Sekarang sedang menyiapkan bangunan tertinggi di Kelantan di Jalan Sultan Ibrahim iaitu Troika Kota Bharu.

Ia merupakan projek yang keempat dibina Kelmedic Sdn Bhd di Kelantan selepas di Bachok, Kuala Krai dan Kubang Kerian sejak 1997.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, cek sumbangan itu diserah Pengarah YAKIN Azi Rahimee Mohamed mewakili Kelmedic Sdn Bhd kepada Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.- HARAKAHDAILY 30/4/2020