Taktik guna gambar ADUN mohon bantuan

POKOK SENA: Taktik mengutip dana yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar ADUN Bukit Lada, Ustaz Mohd Salim Mahmood bagi memohon simpati orang ramai.

Advertisement

Pihak terbabit menyebarkan mesej melalui aplikasi Whatsapp menggunakan gambar ADUN berkenaan, memohon bantuan segera sebanyak RM9,300 kononnya atas urusan penting.

Mohd Salim berkata, beliau tidak pernah memohon sebarang bantuan kewangan daripada sesiapa atau mana-mana pihak. 

“Kemungkinan ini kerja scammer yang mengambil kesempatan atas nama dan gambar saya untuk tujuan tidak bermoral. 

“Saya mengingatkan orang ramai mengabaikan sekiranya menerima mesej memohon sejumlah wang atas pihak diri saya,” katanya di sini semalam.

Pegawai Khasnya Mohd Hanifi Ahmad Jamaludin pula berkata, beliau turut menerima mesej itu merasa hairan kerana pada hari kejadian Adun Bukit Lada sepanjang hari berada di Pusat Khidmat Wakil Rakyatnya.

Sehubungan itu beliau membuat laporan polis terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.- HARAKAHDAILY 30/4/2020