Papisma Kelantan cipta 15 ‘Gerobok Covid-19’

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man melihat cara penggunaan 'Gerobok Covid-19' untuk melakukan saringan kepada pesakit di sini hari ini. Foto- RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Kelantan menghasilkan 15 ‘Gerobok Covid-19’ untuk diagihkan kepada hospital dan klinik kesihatan termasuk di luar Kelantan.

Gerobak itu hasil inisiatif Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Cawangan Kelantan.

Advertisement

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ‘Gerobok Covid-19’ mampu menjamin keselamatan petugas barisan hadapan melakukan saringan wabak itu.

Katanya, kemudahan tersebut akan mengurangkan penggunaan Peralatan Pelindung Peribadi (PPE) serta kaedah penggunaannya lebih selamat.

“Kos keseluruhan untuk membina satu gerobok RM2,300 yang dibangunkan Papisma, kalau beli pasaran memang mahal,” katanya selepas menyerah ‘Gerobok Covid-19’ di perkarangan Wisma Persekutuan hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin dan Pengerusi Papisma Kelantan, Dr Tengku Ahmad Damitri Al Astani Tengku Din.- HARAKAHDAILY 1/5/2020