Tiga saranan untuk Malaysia ikuti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Pasukan kesihatan dari negara China menyarankan tiga perkara untuk diikuti Malaysia setelah melihat kepada bagaimana Malaysia menangani Covid-19.

Advertisement

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, China menyarakankan supaya menitikberatkan garis panduan ketika menggunkan pengangkutan awam dimana pengguna harus memakai penutup muka selain memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

Kata Dr Noor Hisham, prosedur operasi standard (SOP) berhubung pengankutan awam telahpun diberikan kepada Kementerian Pengangkutan dan pihak bertanggungjawab, namun katanya isu yang membimbangkan ketika ini adalah berhubung pelaksanaannya.

“Sekarang ini isunya adalah pelaksanaa, jadi kita perlukan iaitu tanggungajwab sosial masyarakat, disiplin sosial untuk kepatuhan sosial kepada SOP-SOP tersebut.

“Jadi klau kita dapati, tiada kepatuhan kepada SOP tersebut, mungkin kita akan lihat bagaimana kita boleh kuatkuasakan untuk penjarakan sosial dan juga kerap mensanitasi lokasi awam.

“Sanitasi awam akan kerap dijalankan, termasuk di stesen bas, kereta api, dan sebagainya,” ujarnya dalam satu sidang media harian KKM di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya pihaknya sedia maklum berhubung kesesakan di hospital, oleh itu KKM akan mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kesesakan di hospital selain berusaha mengamalkan penjarakan sosial.

Ia termasuk kajian atas talian, penambahan tempoh pembukaan fasiliti kesihatan awam dan rawatan domestik yang telah pun dilaksanakan KKM.

“Dan kita akan buat penjarakkan dari segi ‘appointment‘ dan sebagainya, dan kita akan jalankan satu arahan dimana mereka yang datang awal duduk di dalam kereta sebelum masuk ke klinik.

“Kita tak nak kesesakan menunggu, dan ketiga yang paling penting sekarang ini untuk kita menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ke-empat, iaitu pemerkasaan komuniti.

“Jadi kita dalam komuniti kena sama-sama jalankan tanggungajwab sosial kita, kepatuhan sosial kita dan penjarakan soaial kita. Amalan-amalan baru sekarang ini kena dipraktikkan didalam komiti.

“Kalau kita tidak praktikkan, memang kita takan berjaya mengawal Covid-19,” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 2/5/2020