Kerajaan sasar 60 peratus rakyat muat turun MyTrace

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan 60 peratus rakyat Malaysia akan memuat turun dan memanfaatkan aplikasi MyTrace untuk mengesan individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19.

Advertisement

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Ismail Sabri Yaakob, kerajaan amat berharap supaya rakyat Malaysia seramai mungkin memuat turun apliaksi tersebut dan menggunkannya bagi memudahkan kerja-kerja pengesanan sekiranya terdapat kes baharu dikesan.

MyTrace merupakan aplikasi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera yang telah dilancarkan sebelum ini dengan menggunapakai teknologi bluetooth.

Aplikasi ini akan menggunakan gelombang bluetooth untuk mengesan kehadiran individu sekeliling berdasarkan kekuatan gelombang bluetooth yang dikesan.

Ia dapat mengenal pasti jarak dan tempoh pertemuan pengguna-pengguna serta data yang dikumpul akan disimpan selama 21 hari didalam telefon pintar pengguna.

“Aplikasi MyTrace hanya mengumpul maklumat pengguna yana telah dirahsiakan dan tidak mengumpul sebarang maklumat geo lokasi, pengesanan kontak adalah sangat penting untuk ita ketahui siapa yang pernah berada berdekatan dengan orang yang telah dikenal pasti positif Covid-19,” ujarnya.

Tambah beliau usaha ini bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sekiranya terdapat kes baharu dan memutuskan jangkitannya secepat mungkin.

Aplikasi tersebut merupakan usaha sama Kementerian Sains, Teknologi dan Industri (Mosti) dan kepakaran tempatan. Setakat ini hanya tersedia untuk pengguna telefon pintar Android dan bakal di bangunkan untuk pengguna iOS. – HARAKAHDAILY 3/5/2020