Import makanan tampung keperluan tempatan

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dato’ Che Abdullah Mat Nawi ketika melawat Pusat Pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, semalam. Foto- RIZAL TAHIR

RANTAU PANJANG: Pengimportan produk makanan dari negara jiran berjalan seperti biasa bagi memastikan bekalannya mencukupi bagi keperluan rakyat tempatan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, barangan berkenaan memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Advertisement

Katanya semua produk makanan yang diimport termasuk dari Thailand sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperiksa terlebih dahulu.

“Bagaimanapun permintaan keperluan makanan sekarang agak berkurangan dalam tempoh PKP termasuk sayuran dan buah-buahan berbanding sebelumnya.

“Kita yakin penurunan tersebut disebabkan orang ramai lebih menumpukan perhatian kepada keperluan harian lain yang lebih perlu,” katanya .

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Pusat Pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, semalam.- HARAKAHDAILY 4/5/2020