Jalan tengah antara nyawa dan ekonomi

nyawa

KITA sangat bimbang penularan COVID-19 terhadap ancaman nyawa. Oleh kerana itu dibuat PKP. Namun, setelah 6 minggu berlalu, kesan pada ekonomi sangat teruk. Ekonomi tidak bergerak. Syarikat dan kedai tidak beroperasi dan tidak dibuka.

Para majikan kehilangan pendapatan. Para pekerja akhirnya terpaksa diminta untuk mengambil cuti tanpa gaji atau terpaksa diberhentikan. Ramai yang menganggur. Pekerja yang bergantung pada gaji hari tiada pendapatan. Mereka perlu makan dan minum. Perlu membayar sewa rumah. Penjaja kecil kehilangan pendapatan.

Maka mengambil jalan tengah antara keperluan kesihatan dan keperluan ekonomi maka dibuat keputusan untuk PKP-B (bersyarat) bermula hari ini. Ekonomi perlu dibuka.

Advertisement

Negara bernasib baik kerana lebih 1 juta pekerja di sektor sawit, getah, koko dan kayu-kayan yang rata-rata merupakan B40 dibenarkan beroperasi sepanjang PKP yang meredakan sedikit bebanan ekonomi.

Tinggal lagi setiap orang perlu mendisiplinkan diri untuk menjaga semua SOP kesihatan bagi mengawal perebakan COVID-19. Ia terpulang kepada disiplin diri masing-masing sekarang.

COVID-19 belum mati. Ia terus hidup selagi tiada vaksin. Isu ini dijangka tidak dapat diselesaikan sekurang-kurangnya 18 bulan lagi. Jika diteruskan PKP, negara kehilangan RM2.4 bilion bagi setiap hari berlalunya PKP.

Di saat kesihatan sudah membaik pulih dan terkawal akibat kejayaan PKP selama 6 minggu, ekonomi pula perlu digerakkan, maka jalan tengahnya ialah sektor ekonomi dibuka dengan kawalan SOP yang memerlukan disiplin diri masing-masing.

“Selamatkan Nyawa, Selamatkan Ekonomi”

DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
4 Mei 2020 – HARAKAHDAILY 4/5/2020