COVID-19: Hanya 30 kes baharu

KUALA LUMPUR: Hanya 30 kes baharu positif jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dengan penambahan satu kes kematian akibat daripada wabak tersebut.

Advertisement

Penambahan 30 kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif yang dirawat kini 1,710 kes dengan jumlah keseluruhan kes adalah 6,383 kes di Malaysia.

Daripada jumlah itu, 24 daripadanya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes pulih sepenuhnya semakin meningkat dengan hari ini 83 telah di discaj berbanding semalam hanya 71 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di Malaysia adalah 4,567 kes.

Malaysia kini mempunyai peratusan kes pulih Covid-19 yang tinggi berbanding peratusan sembuh dunia iaitu sebanyak 71.55 peratus di Malaysia dan hanya 32.48 peratus kes sembuh seluruh dunia.

Mengambil kesempatan ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan hadapan negara yang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Malaysia bebas Covid-19.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya, hari ini.

Disamping itu, Malaysia berterusan mencatatkan peratusan kematian rendah dengan 1.66 peratus kematian akibat Covid-19 berbanding peratusan dunia sebanyak tujuh peratus. – HARAKAHDAILY 5/5/2020