Pejabat kerajaan Kelantan beroperasi 11 Mei

KOTA BHARU: Pejabat Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Berkanun di Kelantan akan mula beroperasi pada 11 Mei ini.

Setiausaha Kerajaan Kelantan Dato’ Nazran Muhammad berkata, arahan itu dibuat sebagaimana garis panduan yang ditetapkan pentadbir negeri dan Persekutuan.

Advertisement

Sehubungan itu, katanya semua ketua jabatan diminta mengambil langkah sewajarnya supaya kebenaran itu tidak akan memberi kesan kepada penularan wabak Covid-19.

“Sebaiknya kebenaran yang diberikan ini sebagai rangsangan untuk perkembangan ekonomi negeri dan negara,” katanya pada kenyataan media di sini hari ini.

Manakala dalam perkembangan berkaitan banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi bermula esok termasuk kedai pakaian dan fesyen serta kompleks membeli belah dibuka kepada orang awam bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.

Turut dibuka kedai dobi termasuk layan diri, kedai perabot, kedai emas, elektrik, elektronik, kedai buku dan alat tulis bermula 9 pagi hingga 6.30 petang.- HARAKAHSAILY 5/5/2020