Tubuh Pasukan Pematuhan PKPB

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk menubuhkan Pasukan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di peringkat daerah.

Advertisement

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan ini akan dianggotai oleh anggota tetap iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Manakala katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan ditambah untuk menganggotai pasukan ini.

“Pendekatan yang kita ambil adalah sama seperti terdahulu, peringkat awal diberi nasihat. Seterusnya jika tidak mampu untuk mengawal, pasukan ini akan memberi amaran. Manakala jika masih lagi berdegil tindakan undang-undang akan diambil,” katanya pada sidang media hari ini.

Tambah beliau, Pasukan Pematuhan PKPB akan mengambil tindakan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – HARAKAHDAILY 5/5/2020