Bila Ultra Kiasu mabuk langgar polis sampai mati

HIPOKRASI Ultra Kiasu tahap gaban. Bila dah berlaku kematian, baru nak tonjolkan diri jadi malaikat. Masa kamu berkuasa dahulu, kamu sengaja melambat-lambat undang-undang ini kerana majoriti kamu minum arak, berbanding umat Islam. Dalam rumah, luar rumah, majlis kahwin, hari raya, pusat judi, hotel, parti, clubbing, karaoke, kelab malam, kedai makan, dan lain-lain, semuanya arak.

Negara-negara lain bukan-Islam, selain ketatkan undang-undang, ada jangka waktu minum arak dihadkan. Singapura misalnya, tidak ada jual beli atau minum arak selepas jam 10:30 malam. Tindakan keras akan dikenakan. Ini negara bukan-Islam

Negara kita pula, kita kata negara Islam, sudahlah undang-undang begitu longgar, tidak ada had minum arak, boleh minum arak 24 jam. Bila kita kritik sikit pasal arak, maka Ultra Kiasu kata-kata kita ini Taleban. Kita sekat hak asasi manusia. Kepala otak kau! Sebab itu, kamu sengaja melambatkan undang-undang bagi menghukum berat pemandu mabuk semasa berkuasa. Kamu takut orang kamu dihukum

Sebab itu, bila dah berlaku kematian anggota polis yang tidak berdosa, tiba-tiba bekas Menteri Ultra Kiasu berkata, PH sebelum ini secara berprinsip telah setuju untuk berbuat demikian dengan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 tetapi tidak sempat membawanya ke Parlimen susulan tumbangnya PH.

Advertisement

Kamu gunakan isu PH tumbang, tidak dapat pinda undang-undang. Wal hal ketika berkuasa, kamu sengaja lambat-lambatkan. Sekutu-sekutu Ultra Kiasu diam belaka. IKRAM pun macam sunyi sepi saja.

Rupanya kamu ada kepentingan, kerana majoriti yang minum arak adalah Ultra Kiasu. Sebab itu kamu mempertahankan October Fest setiap tahun, bermati-matian nak berpesta minum arak.

Dah perginya anggota polis, baru sekarang kamu bersuara agar Kerajaan hari ini meneruskan usaha mengetatkan undang-undang terhadap pemandu mabuk. Sokong kepala otak kau. Sepatutnya, kamu Ultra Kiasu yang kena dihumbankan ke penjara

Insiden ini tidak jauh bezanya dengan apa yang berlaku kepada Allahyarham Adib, pegawai bomba, sehingga kini masih tidak mendapat keadilan. Bila berlaku kematian, semua pakat-pakat menunjukkan simpati termasuk Ultra Kiasu. Wal hal, ketika berkuasa, mereka berdiam diri, tidak mahu mengambil tindakan seterusnya.

Inilah nasib polis, tentera dan pihak berkuasa yang lain, ketika orang lain nyenyak tidur, termasuk Ultra Kiasu, mereka bercekang mata, bertugas, memastikan negara ini selamat dan aman sentosa

Kamu PH mula memerintah daripada Mei 2018 hingga bulan Februari 2020. Ketika itu sudah ada banyak kes kematian melibatkan pemandu mabuk. Masa itu, kenapa kamu tidak segera ketatkan undang-undang menghukum pemandu mabuk.

Bila empat rakyat Malaysia maut dilanggar pemandu mabuk di Tawau, Sabah, kamu kata pada 11 Julai 2018, akan segera ketatkan undang-undang sedia ada. Tunggu punya tunggu tak ada juga

Bila berlaku lagi kemalangan yang sama dilanggar pemandu mabuk, melibatkan lima lagi rakyat tak berdosa, kamu berjanji lagi pada 9 Oktober 2018 untuk mengharamkan lesen pemandu yang menyebabkan kemalangan maut. Kami tunggu lagi, kamu masih tidak berbuat apa-apa.

Kemalangan melibatkan pemandu mabuk terus berlaku, sehinggalah kamu menerima tekanan daripada rakyat, baharulah nak bawa pada Januari 2020. Lambat betul kamu nak buat keputusan kerana kamu ada kepentingan.

Lebih kelakar lagi pada 13 Februari 2020, kamu kata undang-undang masih lagi dalam peringkat kajian dan mahu membuat perbandingan dengan negara-negara lain. Bukankah kamu selalu berkunjung ke negara Ultra Kiasu Singapura. Takkan buat-buat tak tahu, bagaimana ketatnya undang-undang di sana. Bukankah Singapura kawan baik kamu. Kenapa susah sangat nak laksanakan. Kenapa nak buang masa nak buat kajian.

Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Bersusah payah mereka mencekang mata untuk memastikan hidup aman. Bila Ultra Kiasu kaya, bukannya nak bela mereka, malah dicerca pula.

Kepada Kerajaan, haramkan sahaja arak ini. Jika tak dapat haramkan, naikkan cukai, naikkan harga setinggi-tingginya, tidak ada erti bebas cukai. Hukum seberat-beratnya mereka yang mabuk sehingga nyawa orang lain menjadi gadaian.

Jangan undang bala Allah. Rugi sikit tak dapat cukai arak tak apa. Mudarat lebih besar daripada kebaikan. Rugi sikit di dunia tak apa, untung akhirat. Berbanding dengan Allah hantar COVID-19, kita rugi dalam sejarah RM2.4 bilion sehari. Pecah rekod dunia untuk Malaysia. Mana ada cukai dalam dunia boleh sumbang RM2.4 bilion sehari. Allah boleh jadikan itu semua sebab Allah Maha Berkuasa. Sedarlah.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 6/5/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.