Bukti Kerajaan disokong rakyat

INI merupakan hasil kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia yang melibatkan 41,386 responden (sebagaimana disiar akhbar The Star semalam). Ia dijalankan antara 10 ke 24 April baru-baru ini untuk mengukur kesan COVID-19 ke atas ekonomi negara dan rakyat.

Ternyata hasilnya menunjukkan satu perakuan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin disenangi dan diterima rakyat walau baru berusia 3 bulan.

Pakej Rangsangan Ekonomi atau PRIHATIN umpamanya diperkenalkan Kerajaan untuk mengimbangi kesan PKP ke atas ekonomi dan rakyat jelata. 96.8 peratus yang dikaji bersetuju bahawa PRIHATIN bermanfaat buat mereka. 87.3 peratus pula berpuas hati dengan pakej ini. Manakala 70.1 peratus menyatakan pakej ini sangat berkesan.

Advertisement

Kerajaan juga mendapat pengiktirafan tinggi terhadap cara ia mengurus wabak ini. 96.2 peratus berpuas hati dengan khidmat barisan hadapan dan kemudahan yang disediakan Kerajaan.

Menariknya 92.9 peratus responden menyatakan kesediaan mengamalkan cara hidup baru arau ‘new normal’ yang disarankan PM dalam menghadapi kesan COVID-19 ini. Ternyata Kerajaan PN cemerlang dalam menghadapi krisis ini dan buktinya melalui hasil kaji selidik ini.

Jika inilah trend sokongan dan keyakinan rakyat terhadap Tan Sri Muhyiddin dan Kerajaan, tak perlulah mana-mana pihak berangan-angan untuk mencuit apa lagi mencabar Kerajaan ini. Syabas PM dan PN.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 8/5/2020