Ziarah PAS Kepala Batas santuni warga Cawangan

KEPALA BATAS: Kolaborasi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan dan Muslimat PAS Kepala Batas diketuai Shamsudin Zainol dan Sarimah Manas telah mengadakan Ziarah Ramadan ke lima Cawangan dalam kawasan ini, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Kunjungan dengan disertai sama Yang DiPertua PAS Kepala Batas, Bukhori Ghazali dan para pimpinan PAS Kawasan ini telah ke Cawangan Kuala Muda, Bakau Tua, Pulau Mertajam, Sungai Tembus dan Penaga.

Program bertujuan menyantuni golongan asnaf dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan makanan selain saguhati tunai hasil sumbangan ikhlas ahli-ahli PAS dan masyarakat yang menyokong perjuangan parti ini.

Pihak lajnah juga turut menziarahi keluarga ditimpa ujian kebakaran yang memusnahkan seluruh kediaman mereka baru-baru kecuali senaskhah al-Quran menemui Siti Rohani Said, 53 dan anaknya, Atikah Rosli, 28 di Bakau Tua.

Ketika ini keluarga tersebut ditempatkan sementara dengan bantuan pelbagai pihak sementara menanti kediaman mereka dibangunkan semula dengan menginap di Kampung Pulau Mertajam. – HARAKAHDAILY 13/5/2020