COVID-19: 88 sembuh, 36 kes baharu

KUALA LUMPUR: Sebanyak 88 kes sudah sembuh jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,439 atau 79.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Advertisement

Hingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 36 kes baharu dilaporkan dimana 28 kes adalah bukan daripada warganegara Malaysia dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah sebanyak 6,855 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,304 kes.

Hingga kini, ada 14 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, maklumat terkini yang dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan dimaklumkan tiada kes kematian yang dilaporkan dan menjadikan keseluruhan kes kematian di negara ini adalah kekal sebanyak 112 kes atau 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.- HARAKAHDAILY 15/5/2020