Konsep ‘takaful’ tiada noktah dalam jamaah Islam

BENTONG: Menurut kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, tahap pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang hampir menjangkau dua bulan pada 18 Mei ini adalah sangat tinggi

Advertisement

Pun begitu, terdapat juga dalam kalangan rakyat yang merasa tertekan atas perintah ini kerana mereka tidak boleh keluar bekerja, malah ada juga yang mata pencarian.

Bagi kebanyakan orang muda di FELDA atau di kampung, khususnya generasi ketiga dan keempat yang kebanyakannya bekerja di ladang dan bekerja sendiri tempoh PKP ini amat memeritkan

Atas rasa amanah dan kepedulian sesama jamaah, PAS Cawangan Bilut telah mengambil inisiatif menyalurkan infak berupa barangan makanan hasil sumbangan daripada beberapa individu dermawan

“Alhamdulillah. Ini saja yang mampu kami bantu. Semoga Allah ganjarkan pahala berganda buat penyumbang dan kurniakan kesabaran buat saudara semua mengharungi ujian ini,” ujar Ketua PAS Bilut, Hosman Mat Ali.

Beliau menyatakan demikian pada majlis penyerahan infak yang telah berlangsung di kediamannya sendiri dan turut dihadiri Yang DiPertua PAS Kawasan Bentong, Khairuddin Abdullah.

Sebagai tanda sokongan atas keberadaan PAS di dalam Jawatankuasa Bersama Bantuan COVID-19 FELDA Lurah Bilut, majlis telah disertai sama oleh Pengurus FELDA Lurah Bilut, Mohd Khairul Nizam Alias

Juga turut serta adalah Ketua Kampung, Zulkifli Yunus dan Pengerusi KIMMA Bilut, Mustaffa Ummer. – HARAKAHDAILY 16/5/2020