Ucapan Selamat Hari Guru 2020

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Selamat Hari Guru 2020 yang bertemakan ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’.

Advertisement

Keikhlasan, dedikasi dan kreativiti para pendidik bagi menyampaikan ilmu dalam pelbagai kaedah mengikut perkembangan teknologi setiap zaman sangatlah dihargai.

Walau apa jua keadaan, guru tetap gigih berusaha mendidik generasi harapan negara.

Hatta dalam keadaan negara sedang berlawan dengan pandemik Covid-19 sekalipun, para guru terus berikhtiar untuk mengajar murid menggunakan kaedah terkini iaitu dalam talian demi memastikan ilmu dapat disampaikan kepada anak murid.

Ilmu duniawi dan ukhrawi adalah bidang ilmu yang sangat luas untuk diterokai. Hadirnya insan bernama guru menunjuk jalan cahaya dalam kegelapan.

Generasi baharu dididik dengan penuh kesabaran dan kecekalan untuk melihat mereka membesar sebagai seorang ilmuan dan pemimpin masa depan.

Jutaan terima kasih daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diucapkan kepada insan bergelar Guru/Cikgu/ Asatizah/ Ulama’/Teacher/Lǎoshī dan lain-lain.

Guru Pelita Hidup!
‘Islam Memimpin Perpaduan’


KAMARUZAMAN MOHAMAD

Ketua PeneranganParti Islam Se-Malaysia (PAS)23 Ramadan 1441- HARAKAHDAILY 16/5/2020