Insafi kesusahan saudara seagama – Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Menyedari tanggungjawab sebagai manusia adalah kunci kepada jawapan mengapa umat manusia tidak sepatutnya mengabaikan kesusahan saudara seagama.

Advertisement

Menurut Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T untuk beribadah di muka bumi ini perlu menyedari bahawa kehidupan bukan hanya semata-mata berkisar di dunia,

Katanya, manusia harus sedar, ia dicipta oleh Allah untuk memakmurkan bumi khususnya dalam hubungan sesama manusia seperti tolong menolong dan menghidupkan hubungna tersebut.

“Kita perlu menyedari bahawa hidup kita bukan untuk makan, (sepatutnya) makan untuk hidup, makan untuk hidup dalam dunia sementara waktu sahaja.

“Dunia semata-mata sangat pendek, kita mesti percaya bahawa perjalanan manusia ini bukan sahaja di dunia, tapi panjang sehingga ke akhirat,” ujarnya.

Justeru itu, umat Islam sepatutnya menjadikan kehidupan di dunia sebagai tempat untuk mencari bekalan di akhirat sana.

Mengulas lanjut, katanya kehidupan di dunia terlalu pendek untuk dibandingkan dengan alam barzakh dan akhirat sana yang mana kehidupannya memakan masa beribu-ribu tahun berbanding kehidupan yang ada ketika ini.

“Kehidupan yang pertama di dunia ini, panjang umur sampai 1,000 tahun, dalam kubur, berapa lama? Lebih beribu-ribu tahun lagi, mungkin lebih lama, terlalu lama.

“Alam barzakh sudah lama, maka alam kiamat lebih lama lagi, dimana dunia adalah tempat kita sediakan bekalan, Allah SWT memberi anugerah kepada umat islam.

“Satu amalan yang baik, diberi sekurang-kurangnya 10 kali ganda, semangat fisabilillah 70 kali ganda, dan ada ibadat yang lebih daripada itu, tidak tahu gandanya.

“Contohnya puasa, lain-lain seperti ‘lailatul qadar’, lebih baik dariapda 1,000 bulan, bersamaa 80 tahun lebih, 1 malam,” katanya dalam satu sesi temubula bersama Assalamualaikum di TV Alhijrah bersempena sambutan mengingati Hari Nakbah.

Ulas beliau lagi, tanggungjawab yang diberikan Allah S.W.T ini merupakan kelebihan buat manusia dan harus dimanfaatkan dengan amalan-amalan yang baik termasuklan menjaga dan memelihara hubungan sesama manusia dan bukan hanya hubungan dengan Allah S.W.T.

Katanya, Allah S.W.T menjadikan hubungan sesama manusia ini mempunyai banyak kebaikan didalamnya seperti pahala mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, pahala memberi sumbangan, pahala mengeratkan persaudaraan, bahkan membantu binatang juga diberi ganjaran pahala.

“Membantu binatang pun dapat pahala, bukan sahaja sama-sama manusia, tanpa mengira mereka baik dan jahat, kalau niat kita baik, Allah akan jadikan suatu kebaikan.

“Pahala kepada kita yang benar-benar ikhlas, yang penting keikhlasan kita, ini sangat penting yang kita kena sedar dan kita kena manfaatkan kehidupan dunia ini dengan kerja-kerja kebajikan seperti untuk Palestin, Rohingya dan lain-lain,” ujarnya,

Beliau berkata demikian mengulas soalan moderator Amie Sofia dalam rancangan khas yang disiarkan stesen TV-Alhijrah pagi ini yang bertanyakan saranan beliau terhadap sikap sesetengah individu yang mengecam tindakan membantu saudara-saudara seagama di negara-negara lain. – HARAKAHDAILY 17/5/2020