Tahniah Kerajaan Negeri Kedah yang baharu

PAS mengucapkan tahniah di atas pembentukan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang baharu di bawah Perikatan Nasional.

Lebih manis, ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor yang mewakili PAS secara rasminya telah dilantik sebagai Menteri Besar setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Advertisement

Keretakan dalam PH bukan sahaja berlaku di Kerajaan Pusat, bahkan berlaku di negeri bila mana ramai ahli akar umbi bertindak beralih sokongan akibat tidak lagi yakin dengan parti masing-masing yang tidak stabil.

PAS berharap barisan Kerajaan Negeri Kedah akan meneruskan kecemerlangan kerajaan Pusat yang telah menunjukkan prestasi terbaik kepada rakyat dalam fasa pandemik COVID-19 ini. Seterusnya, menjadi pemangkin lebih banyak kejayaan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 kelak.

PAS juga berharap semoga kerajaan baharu negeri Kedah menjadi kerajaan yang diberkati dengan membawa rahmat untuk seluruh warga Kedah Darul Aman.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
17 Mei 2020 | 24 Ramadhan 1441 – HARAKAHDAILY 17/5/2020