Tahniah YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi

LAJNAH Pembangunan Tanah, Perumahan dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat mengucapkan setinggi – tinggi tahniah kepada YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor kerana secara rasminya telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke 14.

Advertisement

Dengan pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang terutamanya ketika menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi adalah individu yang paling layak dan sesuai untuk menerajui kepimpinan negari Kedah.

Semoga YAB Menteri Besar Kedah diberikan kekuatan, keazaman dan kecekalan untuk memimpin Kedah dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta mampu memajukan Kedah ke arah yang cemerlang dan gemilang.

Moga Allah merahmati dan memberkati negeri Kedah Darul Aman.

Islam Memimpin Perpaduan.

SYAIFUL HIZAM.
Setiausaha, Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 17/5/2020