Doa lindungi anak dari gejala tidak sihat

ADA 3 doa yang sangat baik untuk dibaca bagi tujuan melindungi anak-anak daripada terjebak dengan gejala tidak sihat:

(1) Doa 1:

Surah al-Qadr (إنا أنزلناه في ليلة القدر) dibaca oleh parent untuk anak-anak sejak hari pertama lahir sehingga dewasa. Kalau boleh sambil pegang ubun-ubun kepala.

Diiringi niat dalam hati parent agar Allah lindungi anak-anak daripada terjebak gejala tidak sihat. Doa ini ulamak amalkan untuk anak-anak mereka.

Advertisement

(2) Doa 2:

Diajar anak-anak hafal doa ini setiap kali keluar tandas selepas buang air:

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ وَحَصِّنْ فَرْجِي مِنَ الْفَوَاحِشِ

“Ya Allah, sucikan hatiku daripada sifat munafiq, dan peliharalah kemaluanku daripada terjebak dengan perkara keji (zina dan seumpamanya).”

Parent juga boleh untuk diri masing-masing dan untuk anak-anak dengan diubah sikit lafaz doa itu:

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قُلُوبَنَا مِنَ النِّفَاقِ وَحَصِّنْ فُرُوجَنَا مِنَ الْفَوَاحِشِ

“Ya Allah, sucikan hati kami daripada sifat munafiq, dan peliharalah kemaluan kami daripada terjebak dengan perkara keji (zina dan seumpamanya).”

(3) Doa 3:

Parent baca setiap kali lepas solat dan sebelum tidur:

اللَّهُمَّ إِنّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي أَهْلِنَا وَأَوْلَادِنَا وَأَمْوَالِنَا فِي الدِّينِ والدُّنْيَا والْآخِرَةِ

“Ya Allah, kami memohon keampunan (yang menghasilkan kesejahteraan) dan keafiatan (penjagaan) buat ahli keluarga, anak-anak dan harta kami, dalam urusan agama, dunia dan akhirat.”

Kesolehan anak-anak itu suatu kerehatan buat ibu bapa.

YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 18/5/2020