Perkasakan undang-undang alam sekitar

KUALA LUMPUR 22 MAC 2019. Pemandangan udara di sekitar Kuala Lumpur kelihatan kurang jerebu. Menurut Indeks Pencemaran Udara (IPU) diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawang Air Pollutant Index of Malaysia (APIMS) mencatatkan bacaan 59 IPU iaitu tahap sederhana pada jam 4 petang. NSTP/ROSELA ISMAIL

KUALA LUMPUR: Malaysia mestilah terus komited dalam usaha mengetengahkan isu alam sekitar dan perubahan iklim, titah Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Advertisement

Jelas baginda, seruan tersebut termasuklah mempergiatkan usaha memelihara dan memulihara sungai, hutan, hidupan liar dan mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca selain meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu.

Menurut Al-Sultan Abdullah, kemerosotan alam sekitar dan kesannya kepada kesejahteraan negara dan sejagat tidak boleh dipandang remeh.

Justeru itu, baginda menyeru supaya Malaysia akan terus komited dalam usaha ini termasuk pemerkasaan undang-undang alam sekitar serta aktiviti-aktiviti melibatkan penguatkuasaan dan kerjasama semua pihak termasuk negara serantau.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Perlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 18/5/2020