PKPB: 148 sekatan masih diteruskan

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa masih ramai yang cuba bergerak merentas negeri untuk balik ke kampung.

Katanya, sebanyak 148 sekatan jalan raya rentas negeri masih dilaksanakan di seluruh negara.

Advertisement

Menurutnya, sejumlah 156,096 kenderaan telah diperiksa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,175 kenderaan cuba merentas negeri untuk balik kampung, semalam.

“Walaupun pelbagai nasihat telah dikeluarkan, pihak polis arah patah balik tetapi masih ramai yang cuba balik kampung.

“Saya harap orang ramai tidak perlu cuba merentas negeri untuk balik kampung kerana tentu sahaja apabila diarah berpatah balik, ia akan menyusahkan,” katanya pada sidang media harain Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hari ini.

Sementara itu, katanya sebanyak 3,498 pasukan pematuhan telah membuat pemantauan melibatkan seramai 18,856 anggota bagi memastikan orang ramai mematuhi perintah yang dikeluarkan.

Jelasnya, pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang ingkar terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Semalam PDRM telah menahan seramai 156 individu keranan langgar SOP dan peraturan di bawah akta 342. Daripada jumlah itu, seramai 104 individu telah dan 52 diberi jaminan polis.

“Justeru saya ingin ingatkan semua pihak perlulah mematuhi setiap SOP dan peraturan yang ditetapkan,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 18/5/2020