Kelantan tetap tuan rumah SUKMA 2024

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat (kedua kanan) menyampaikan 102 kerusi di Sekolah Kebangsaan Simpangan, dekat sini semalam.

TUMPAT: Kelantan diberi jaminan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membenarkan negeri itu menjadi tuan rumah penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 pada 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Rizal Merican Naina Merican pada perjumpaan sebelum ini.

Advertisement

Katanya, kementerian bersedia untuk meneruskan keputusan yang dipersetujui Majlis Sukan Negara ketika di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian 102 kerusi di Sekolah Kebangsaan Simpangan, dekat sini semalam.

Kerusi berkenaan untuk kegunaan aktiviti pelajar, ibu bapa khususnya di bawah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Simpangan, Saidin Loman dan Guru Besar sekolah berkenaan Bakri Hamat.- HARAKAHDAILY 19/5/2020