Sampul Aidil Fitri untuk guru PASTI Bkt Mertajam

BUKIT MERTAJAM: Sambutan Hari Guru yang jatuh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun ini diraikan dengan sedikit kelainan bagi peringkat PASTI Kawasan Bukit Mertajam.

Advertisement

Bagi Pemuda PAS Bukit Mertajam, tempoh PKP tidak menghalang mereka menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan seorang yang bergelar guru terutama sekali Guru PASTI.

Pengerusi PASTI Bukit Mertajam yang juga Ketua Pemuda PAS Bukit Mertajam, Mohd Anuar Abdul Rahman telah menyantuni dan memberi ‘duit raya’ kepada semuanya guru PASTI Bukit Mertajam.

Pemberian itu menurutnya dapat mengeratkan hubungan yang baik kalangan pihaknya dan guru-guru PASTI di mana ianya disumbangkan oleh para dermawan budiman.

Sempena sumbangan Aidil Fitri itu juga turut diberikan sedikit barangan dapur dan juadah berbuka kepada setiap guru. – HARAKAHDAILY 19/5/2020