Exco Kedah selesai angkat sumpah

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini mengumumkan senarai barisan Exco Kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri terbabit yang diharapkan dapat memberi khidmat terbaik untuk kemajuan  negeri.

Advertisement

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media khas sebaik sahaja selesai Majlis Angkat Sumpah yang disempurnakan di Aras 3, Pejabat Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman.

“Majoriti dari  exco yang dilantik ini masing-masing mempunyai pengalaman dan pernah memegang tugas  sebelum ini” jelas beliau.

Katanya lagi, lantikan berkenaan merupakan hasil keputusan pucuk pimpinan atasan dan dilaksanakan di peringkat negeri.

Antaranya empat dari PAS iaitu Dato’ Dr Mohd Hayati Othman, Dato’ Najmi Ahmad, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali dan Wan Romani Wan Salim.

Sementara dari Bersatu menampilkan Dato Wira ku Rahman Ku Ismail, Firdaus Ahmad dan Halimaton Shaadiah Saad.

Kedua-dua adun Bebas (bekas PKR) iaitu Azman Nasruddin dan Dr Robert Ling Kui Ee antara yang turut terpilih.

Adun Sungai Tiang, Dato’ Suraya Yaacob dari BN juga tersenarai.

Gabungan 4 : 3 : 2 : 1 itu dijangka dapat memberi khidmat terbaik untuk kemajuan serta pembangunan negeri Kedah.

Berikut senarai mengikut fortfolio masing-masing.

Muhammad Sanusi ketika mengumumkan barisan exco
  1. Muhammad Sanusi Mohd Nor : Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil bumi dan Sumber Asli, Kewangan, KEC dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC).
  2. Dato’ Wira Ku Rahman Ku Ismail : Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengajin Tinggi.
  3. Dato’ Dr Mohd Hayati Othman : Kesihatan dan Kerajaan Tempatan.
  4. Azman Nasruddin : Pertanian dan Industri Makanan, Perusahan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan, Hal Ehwal Masyarakat India.
  5. Dato’ Suraya Yaacob : Kerjaraya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga
  6. Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali : Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Insan.
  7. Halimaton Shaadiah Saad : Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan
  8. Wan Romani Wan Salim : Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
  9. Dato’ Najmi Ahmad : Agama, Pendidikan,Sumber Manusia
  10. Mohd Firdaus Ahmad: Belia dan Sukan, Pelancong, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahwan dan Koperasi.
  11. Dr Robert Ling Kui Ee : Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam. – HARAKAHDAILY 20/5/2020