Kedekut di Hari Raya?

IDULFITRI kali ini disambut secara sederhana. Tidak jauh berbeza dengan tahun-tahun terdahulu. Baju raya recycle baju-baju yang lepas. Alhamdulillah, semua masih cun lagi. Cuma beli baju anak-anak dan isteri saja. Hehe, bukan baju saja; langsir, perabot, kasut, sandle dan beberapa item lagi, semua maintain pakai yang ada atau tahun lepas. Dalam keadaan yang tidak menentu ini, sebagai ketua keluarga, kita perlu berhati-hati menguruskan kewangan keluarga. Namun, jangan kedekut, khususnya kepada anak-anak dan isteri serta orang lain yang memerlukan. Kedekut hanya pada diri sendiri.

What about rewarding yourself? Ya lah, kan kita penat bekerja. Apa salahnya kita beli sesuatu sebagai ‘hadiah kepada diri kita sendiri’? Hari Raya kut…

Sabar dulu. Bukan tak boleh, cuma sabar sekejap. Tangguhkan seketika hasrat itu. Kita ubah perspektif. Kita reward diri kita dengan melihat kegembiraan orang lain. Alah, yang macam mak dan ayah kita buat dahulu. Kata Tok Ayah baru ini, masa membentangkan pakej PRIHATIN: unprecedented situations demand unprecedented measures. Musim-musim harga minyak pun menurun ini, lagilah kita perlu berhati-hati. Pemberhentian kerja atas nama downsizing or rightsizing adalah norma baru. Kita semua berisiko untuk terkena tempiasnya dan kita kena bersedia menghadapinya (brace for the impact).

Advertisement

Tabungan keluarga perlu kukuh. Setiap perbelanjaan bulanan perlu dilihat semula. Mana yang boleh kita kurangkan, kita kurangkan. Contohnya; penggunaan utiliti (air, elektrik dan telekomunikasi), kos bahan minyak, kos rokok (hehe… ini berisiko untuk dikecam oleh Jabatan Netizen Negara: Sektor Perokok), lepak-lepak or sarapan di San Francisco (SF), Coffee Bean and Tea Leaf, Starbucks etc. Kalau merancang untuk bercuti selepas PKP nanti, kita tinjau-tinjaulah pakej percutian di dalam negara.

Kita tidak kedekut dan jangan jadi kedekut. Cuma, kita mahu elakkan perangai al-israf (boros atau membazir). Lebih mulia lagi kalau kita menyucikan harta dan tabungan dengan cara memberi kepada mereka yang memerlukan. Bagi lebih sikit duit raya pada anak-anak sebab musim-musim PKP ini, walaupun bosan tahap gaban, sekurang-kurangnya mereka istiqamah solat berjamaah, tadarus bersama-sama dan tetap cool selerakkan rumah. Bagi extra kepada isteri sebab ‘kerja lebih masa’ setiap hari di rumah. Apatah lagi dengan suasana Ramadan dan mengadap para ‘Ultraman dan raksasa’ yang keboringan di rumah itu. As usual, bagi extra juga pada mak dan ayah kita. Kan kita tak dapat balik beraya disebabkan PKPB ini. So, saving duit minyak dan tol itu bagi saja kepada parents kita.

Dan, yang paling penting, bagi sumbangan secara senyap mahupun terbuka kepada kawan-kawan ataupun anak buah kita yang lebih memerlukan. Percayalah, walaupun sumbangan kita itu tidak mereka sedari, Allah nampak apa yang kita lakukan. Dan kita akan rasa lebih segar dan bahagia melihat senyuman mereka di Hari Raya nanti.

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 20/5/2020