Kerajaan baharu terus agenda bangun negeri

ALOR SETAR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baharu mentadbir Kedah tidak menoleh kebelakang bagi meneruskan agenda membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Semalam selepas mengangkat sumpah menerima jawatan di hadapan Sultan Kedah, saf kepimpinan baharu terus memulakan mesyuarat Exco kerajaan negeri buat kali pertama.

Advertisement

Mesyuarat Exco itu dipengerusikan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri terus bergerak pantas menyusun gerak kerja perancangan pentadbiran dan pembangunan negeri.

Menteri Besar mengangkat sumpah pada Ahad lalu selepas Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Dato’ Seri Mukhriz Mahathir hilang sokongan.

Enam Adun iaitu empat daripada Bersatu hilang keyakinan terhadap Mukhriz, sebelum itu dua Adun PKR keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.- HARAKAHDAILY 21/5/2020