Ibu tunggal perlu dana baiki rumah usang

KUANTAN: Muslim Care Malaysia Society (MCM) memanjangkan rayuan dari seorang ibu tunggal, Norhasina Ahmad bersama tiga orang anaknya untuk mendapatkan dana bagi membaik pulih kediaman mereka yang sangat usang.

Advertisement

Hasrat beliau disampaikan ketika diziarahi wakil Muslim Care Malaysia Society ke rumahnya. 

Semasa ziarah MCM ke rumahnya di sini, pihak MCM mendapati kerosakan yang amat serius khususnya di bahagian dapur dan bilik air di Pahang. 

Runtuh dan hanya menanti rebah ke bumi jika tidak dibaiki

Norhasina hilang tempat bergantung, apabila kematian suami beberapa tahun lalu.

Kini ibu tunggal ini hanya bergantung semata-mata dengan hasil jualan nasi lemak dan terkadang tidak cukup untuk kelangsungan hidup.

MCM merayu orang ramai khasnya seluruh pembaca HarakahDaily serta rakyat Malaysia mengambil sunnah Nabi SAW dengan menyantuni ibu tunggal dan anak-anak yatim apatah lagi di hari Jumaat terakhir Ramadan ini.

Rasulullah SAW mengingatkan kita dengan sabdanya: 
“ Siapa yang menghidupkan salah satu sunahku, lantas dikerjakan orang ramai, maka ia memperoleh ganjaran mereka yang mengamalkan dengan tanpa mengurangi ganjaran mereka sedikit pun.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Marilah menyahut ingatan Nabi Muhammad SAW moga menjadi asbab untuk beroleh syafaat Baginda. 

Bantuan boleh disalurkan melalui akaun Muslim Care Malaysia Society – 564490413882 MaybankInfo lanjut : Mohd Johari : 016-9978323Zuriati : 019-2049434, Suryana : 011-21941194- HARAKAHDAILY 22/5/2020