Benarkan bawa penumpang ikut kapasiti kereta

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini telah mewartakan peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) iaitu perkara nombar 6 (pintaan 2020).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri ismail Sabri Yaakob, pindaan itu berkenaan kebenaran membawa penumpang mengikut kapasiti bagi kenderaan persendirian yang akan berkuatkuasa esok.

Advertisement

“Bagi kenderaan persendirian, pemandu dibenarkan membawa penumpang mengikut kapasiti kenderaan masing-masing yang dikawal selia di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Ini bermakna, jika kapasiti kenderaan hanya 4 penumpang, maka pemandu campur 3 penumpang. Bagi kenderaan MPV boleh memuatkan maksimum 7 orang termasuk pemandu.

“Akta ini telah diwartakan dan akan berkuatkuasa esok, 27 mei 2020,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Namun begitu, katanya syarat lain tetap sama iaitu penumpang mestilah dari kalangan ahli keluarga atau tinggal serumah.

“Sekiranya satu keluarga ada 7 orang, dibenarkan mengikut kapasiti penumpang yang dibenarkan di bawah akta JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan),” ujarnya.- HARAKAHDAILY 26/5/2020.