Had premis jual arak, minum di rumah sahaja

PAS Kedah berpandangan isu besar ini hendaklah segera diatasi memandangkan senario menakutkan ini seumpama virus juga yang natijahnya adalah membunuh.

Industri arak di Malaysia berjumlah lebih 20 bilion yang entah berapa ramai lagi rakyat Malaysia akan kehilangan nyawa sehingga memenderitakan juga mereka yang tidak berdosa seperti pasangan, ahli keluarga dan anggota masyarakat setempat.

Kerajaan juga perlu menubuh Jawatankuasa Khas Kabinet melibatkan beberapa !Kementerian untuk bertindak segera tangani kes ini. Memenuhi tuntutan, PAS meminta Jabatan Kastam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkohol yang dijual secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka 24 jam.

Advertisement

Malah Kerajaan perlu menghadkan premis jualan untuk minum di rumah sahaja. Kerajaan Negeri Kelantan sudah memulakan tindakan ini seawal 1990-an lagi dan ia berjaya.

Sejak PN mentadbir negara sudah lima kes kematian ekoran pemandu mabuk, menjadi 25 peratus punca kemalangan jalan raya dan jelaslah arak adalah ibu maksiat. Usah tunggu jumlah mangsa bertambah, baru hendak bertindak:

ُُُاَلْوِقَاْيَةُ خَيْر ِمِنَ الْعِلَاْج.

“Mengelak itu lebih baik daripada mengubati.”

“Islam Memimpin Perpaduan”

Salam hormat dan terima kasih,

USTAZ HAJI AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
Alor Setar, Kedah – HARAKAHDAILY 27/5/2020