Contohi Kelantan tangani pemandu mabuk

Pengerusi DHPP Kelantan, Lim Guang Seng (kiri) menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di sini hari ini.

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan mencadangkan kerajaan negeri lain mencontohi Kelantan dengan menyusun semula kaedah penjualan arak.

Pengerusinya, Lim Guang Seng berkata, negeri itu sejak awal 1990-an mengambil langkah tidak membenarkan minuman keras itu dijual secara terbuka.

Advertisement

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku antaranya kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk.

“Peraturan itu dilaksanakan di Kelantan sejak awal 1990-an di bawah pentadbiran almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Penjualan arak hanya dibenarkan di restoran milik bukan Islam sahaja.
Arak tidak dibenarkan dijual secara terbuka sama ada di pasaraya, kedai serbanika 24 jam atau hotel,” katanya di sini.

Berita pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut kerap berlaku sekarang sehingga pelbagai pihak mendesak kerajaan mengubal undang-undang lebih keras.- HARAKAHDAILY 28/5/2020