Sumbang RM10, bantu pembedahan jantung Zakuan

JEMPOL: Bukan sekali, malah kanak-kanak ini memerlukan pembedahan untuk kali yang keenam bagi merawat masalah jantung berlubang dan beberapa masalah berkaitan.

Advertisement

Demikian nasib seorang anak yang sangat ceria Zakuan Harith, 8 tahun ketika Muslim Care Malaysia Society menziarahinya di Jempol, Negeri Sembilan hari ini.

Masih jelas kelihatan parut pembedahan yang lepas jelas berbekas ditubuh beliau.

Ibu beliau, Fazlina Mohd Said seorang ibu tunggal merayu bantuan dari mereka yang bersimpati diatas masalah kesihatan anak beliau.

“Mohon bantulah anak saya kalau tidak dengan wang tolonglah doakan kesihatan anak saya Zakuan,”antara ungkapan rayuan Fazlina dengan nada yang agak sedih semasa mendengar luahan ibu tunggal ini.

Bagi meringankan beban dan memastikan pembedahan Zakuan berjalan lancar, Muslim Care Malaysia Society merayu orang ramai membantu mencukupkan dana untuk menampung kos perubatan dan pembedahan.

“Semoga Allah mengganjari dengan sebaik-baik ganjaran diatas segala sumbangan yang dihulurkan,” kata Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Society, Mohd Johari Ismail.

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun Muslim Care Malaysia Society -564490413882-Maybank dan makluman lanjut hubungi : 016-9978323 Johari.- HARAKAHDAILY 28/5/2020