KSM komited perkasa sumber manusia

ksm

ALHAMDULILLAH, semalam saya mengetuai delegasi daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Kedah, YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman di sini.

Dalam pertemuan singkat tersebut, saya menyatakan komitmen dalam memperkasakan bidang sumber manusia di negeri ini. Ia pada masa adalah untuk mengeratkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan aspirasi Kebangsaan.

Hubungan erat antara dua pihak adalah penting dalam memastikan agenda penambahbaikan tenaga kerja yang digerakkan KSM dapat memberikan manfaat terus kepada rakyat.

Advertisement

Dalam pada itu, saya ucapkan kasih kepada Pengarah-pengarah Negeri dan Wilayah termasuk jabatan bawah KSM yang sudi meluangkan masa membentangkan fungsi dan peranan masing-masing dalam melancarkan kerjasama tersebut.

Selepas itu, saya bersama Skuad PERKESO Prihatin Kedah menyampaikan sumbangan kepada balu dan keluarga anggota polis bantuan yang terkorban dalam nahas jalan raya awal Syawal lalu yang juga pencarum PERKESO.

Saya bersimpati dengan keluarga mangsa. Saya doakan agar segala urusan keluarga mangsa dipermudahkan.

Dalam perkembangan sama, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada PERKESO yang bertindak pro-aktif dalam menguruskan tuntutan keluarga mangsa. Saya difahamkan urusan tersebut diselesaikan dalam masa yang singkat dalam mengambil kira keperluan keluarga terbabit.

YB HAJI AWANG HASHIM
Timbalan Menteri Sumber Manusia – HARAKAHDAILY 29/5/2020