‘Snap election’ tidak akan memihak PH – Che Lah

KUALA LUMPUR: Langkah mutakhir beberapa ahli politik negara telah menimbulkan spekulasi panas kononnya tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan akan sekali lagi berubah teraju.

Advertisement

Dakwaan lompat juga hingga ada pengakuan ‘mempunyai nombor’ terhadap majoriti kerusi, sedangkan jumlah sama akan menyebabkan Parlimen tergantung dan pilihan raya mesti diadakan.

Mengulas kemungkinan tersebut, Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berpandangan, sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat, keputusannya tidak akan memihak kepada PH.

“Saya juga meyakini, bahawa sekiranya berlaku pilihan raya buat masa ini, parti PAN tidak akan ada lagi wakil untuk bersuara di Parlimen Malaysia selepas ini,” ujar beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II.

Che Abdullah selaku Setiausaha PAS Negeri Kelantan turut menyatakan sekiranya PRU15 berlaku dalam masa terdekat, PAS Kelantan akan pastikan PH hilang deposit di semua kerusi negeri itu. – HARAKAHDAILY 30/5/2020