Jangan bawa anak kecil membeli-belah

PUTRAJAYA, 29 Mei -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menggalakkan orang ramai membawa anak-kecil, bayi dan juga warga emas ketika keluar membeli barang keperluan.

Advertisement

Jelas beliau, pihaknya turut menggesa orang ramai dan pengusaha sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan ketika membeli-belah.

“Kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan seperti mengamalkan penjarakan sosial, kebersihan diri dan lain-lain sewaktu membeli belah.

“Dan sepeti yang saya sentiasa ingatkan bahawa, tolong, jangan bawa anak kecil dan juga warga emas sewaktu keluar membeli belah,” tegasnya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Berdasarkan pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), 1,884 premis perniagaan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Manakala 153 premis diberi nasihat dan 16 premis perniagaan diberi amarah berikutan ketidakpatuhan SOP yang dikeluarkan kerajaan.- HARAKAHDAILY 1/6/2020