Durian jadi, tapi tak berapa menjadi

ITULAH yang boleh disuarakan kepada peminat durian Balik Pulau. Duriannya jadi banyak, tetapi bila buka isinya rosak. Ada yang elok, rasa manis lemak dan aromanya pecah lioq… Ada yang buahnya nampak elok tetapi isinya keras, mangkaq rasanya pula tawaq hebiaq…

Berapa kali beli dah jadi macam itu… Awat jadi lagu itu. Tahun lepas makan elok saja. Itulah fenomena alam yang telah berlaku. Ini hukum alam terhadap kita. Fenomena panas atau kemarau diburukkan lagi dengan kerosakan alam akibat bukit-bukau ditarah dan dijarah. Bahang panas dah jadi lain macam. Jenuh berpeluh di waktu malam dan siang duk terasa. Jalan mini tar merekah, terbelah memanjang di beberapa lokasi, itu petanda tanah dah tak basah.

Advertisement

Demikian bahasa alam untuk menarik perhatian puak larak manusia pelbagai bangsa. Amaran ini jika duk buat tak peduli, bakal mencetuskan bencana yang tak tahu kita nak kisahkannya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-gala perkara. Allah sudah menyebut amarannya di dalam al-Quran:

“Timbulnya kerosakan di daratan dan di lautan adalah berpunca daripada perbuatan manusia, supaya dirasakan kepada mereka, sebahagian daripada apa yang telah mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali (merujuk pedoman).”

Itulah sedikit kisah durian, kerja kita kira nak makan. Bila tak elok… Semboq penjual bahasa sumpahan. Di sini hamba nak pesan… Kali ini beli durian… Suruhlah penjual bukakan… Sekian.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 2/6/2020