MCM bantu bekas aktivis DMP Sijangkang

SIJANGKANG: “Sebelah kaki dipotong akibat kencing manis sepuluh tahun yang lalu” cerita Salbiah Md Piah, 65 tahun yang tinggal di Jalan Pusara, Sijangkang ketika disantuni Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Muslim Care Malaysia Society baru-baru ini.

Advertisement

Dalam pertemuan tersebut Salbiah menceritakan diketika sihat sebelum ini beliau tidak pernah ketinggalan dalam aktiviti Dewan Muslimat PAS Sijangkang terutamanya sebagai perayu undi ketika pilihan raya.

Beliau hanya bergerak menggunakan papan beroda selama ini.

Suami beliau, Mohamad Kornin Adnan 70, mengalami masalah buah pinggang dan menjalani dialisis tiga kali seminggu.

Atas rasa prihatin dengan jasa Sabiah, sebuah kerusi roda dan sedikit saguhati telah disumbangkan kepada beliau.

Dalam majlis yang sama Dr Yunus turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Muslim Care Malaysia Society kerana sudi ke kawasan beliau untuk merai dan membantu bekas aktivis muslimat di kawasan Sijangkang.

Muslim Care Malaysia Society akan terus membantu PAS dan menjelmakan kerja-kerja kebajikan dalam ruang lingkup sebuah NGO.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Muslim Care Malaysia Society –564490413882 Maybank- HARAKAHDAILY 3/6/2020