RESTART langkah pacu ekonomi

PUTRAJAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairudin Aman Razali dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mempengerusikan satu mesyuarat mengenai Rancangan Pemulihan Ekonomi (RESTART) yang diadakan di Kementerian Kewangan kelmarin.

RESTART adalah salah satu langkah pembukaan semula ekonomi atau penjanaan semula ekonomi negara secara berperingkat.

Advertisement

Ia bagi memerangi kejatuhan ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang dialami di negara ini sejak awal tahun ini.

Sebelum ini, bagi merancakkan ekonomi negara, kerajaan telah mengumumkan geran khas prihatin yang mana lebih 649,000 PKS mikro telah membuat permohonan tersebut mulai 1 Mei sehingga 15 Mei.

Permohonan tersebut kini dalam proses pertimbangan yang mana setiap permohonan yang berjaya akan menerima RM3,000 bantuan tanpa membayar semula geran tersebut.

Rancangan Pemulihan Ekonomi (RESTART) yang dibincangkan di Kementerian Kewangan tersebut dipercayai dapat membantu meningkatkan semula ekonomi negara. – HARAKAHDAILY 3/6/2020