Hanya RM30 pas perjalanan tanpa had

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan memperkenalkan Program MY30 untuk membantu rakyat yang memanfaatkan pengangkutan awam di bawah selian Prasarana di Lembah Klang.

Melalui insentif tersebut, pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan dan akan berkuat kuasa bermula 15 Jun ini sehingga ke penghujung tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, insentif yang diperkenalkan itu terbuka kepada semua warganegara dan ia diperkenalkan bagi memudahkan rakyat untuk keluar bekerja dan melakukan aktiviti-aktivi lain.

Pada masa sama, mengingatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti mengamalkan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana) di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.- HARAKAHDAILY 5/6/2020

Advertisement